Tuesday, 19 April 2011

PENGENALAN SUKAN ROWING DI MALAYSIA

PENGENALAN SUKAN ROWING DI MALAYSIA
 
Pada tahun 1990 satu Mesyuarat Jemaah kabinet telah memutuskan Sukan Rowing akan diperkenalkan dan diperkembangkan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan Sukan Rowing akan boleh mendidik rakyat untuk lebih bersemangat waja, bekerja keras dan semangat berpasukan di dalam mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Elemen tersebut adalah penting  terutamanya di dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara maju.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah syorkan agar sukan Rowing ini, sebagai permulaannya diperkenalkan kepada penuntut Pusat Pengajian Tinggi yang ada di negara ini. Hasrat ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi adalah bakal penyambung pimpinan dan korporat negara di masa akan datang. Sebagai memenuhi wawasan YAB Perdana Menteri itu, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mula merancang dan melaksanakan beberapa program Sukan Rowing khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti tempatan.
Beberapa siri kursus kejurulatihan dan kepegawaian serta Kursus Asas Sukan Rowing telah diadakan di sekitar Ibu kota Kuala Lumpur. Seramai 2,000 orang mahasiswa dan mahasiswi dari semua universiti telah mengikuti program-rogram yang telah dilaksanakan sejaK tahun 1990 dengan harapan Sukan Rowing akan dikembangkan kepada segenap lapisan rakyat negara ini apabila rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan (PURSAK) di Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan yang sepatutnya siap pada tahun 1995 terlaksana.
Malangnya sehinga kini masih tiada apa-apa perkembangan ke atas rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan yang telah dihebohkan pada tahun 1991 yang mana dikatakan pembinaannya akan sempurna dilaksanakan pada tahun 1995 ini. Walaubagaimanapun Persatuan Mendayung Malaysia tetap berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan Sukan Rowing di negara ini. Beberapa kursus dan program telah dirancangkan dan dijalankan samada di Empangan Batu sendiri, Kompleks Sukan Air Tronoh (Perak), Empangan Durian Tunggal (Melaka), Empangan Jajar, Besut (Terengganu) dan juga Tasik Kenyir, Terengganu.
Pada tahun Ogos 2000, Rowing telah terpilih sebagai salah satu dari 32 sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA XXI, di Kuala Lumpur 2001. Sebanyak 8 acara yang telah dipertandingkan bagi peserta lelaki dan wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah


- "Single Scull"
- "Lightweight Double Scull"
- "Coxless Pair"
- "Lightweight Coxless Four"

Sempena dengan penganjuran Sukan SEA XXI, Kuala Lumpur 2001 yang telah diadakan pada 10 - 13 September 2001, Persatuan Mendayung Malaysia telah berusaha agar kemudahan di Empangan Batu dapat dipertingkatkan dan akhirnya kini persatuan telah memiliki lapangan pertandingan "Albano System" serta 32 unit Bot Pertandingan peringkat antarabangsa.
 

No comments:

Post a Comment