SEJARAH RINGKAS SUKAN ROWING
Sukan Rowing adalah satu jenis sukan antara yang tertua dalam sejarah manusia iaitu sejak zaman Greek purba lagi. Dalam bentuk modennya, ia mula berkembang di England pada abad ke lapan belas, di mana pendayung-pendayung bot penambang mula berlumba antara satu sama lain dalam satu-satu perlumbaan yang dianjurkan. Pada tahun 1715 seorang pelawak berbangsa Irish, Thomas Doggett telah menghadiahkan persalinan dan lencana kepada pemenang perlumbaan sculling yang dianjurkan di Sungai Thames. Perlumbaan ini telah disaksikan oleh Raja England pada waktu tersebut iaitu King George I dan dengan itu bermulalah satu era sukan rowing zaman moden. Sejak tarikh itu, sukan rowing telah menjadi satu acara tahunan dan merupakan sukan tahunan yang tertua dianjurkan setiap tahun hingga hari ini.
Pada awal abad ke -19, sukan rowing telah mula diminati di kalangan penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika dahulu ianya merupakan sukan bagi pendayung-pendayung bot penambang di Sungai Thames, pada tahun 1829 perlumbaan bot antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah dianjurkan. Sehingga kini sukan rowing antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah menjadi satu acara tahunan yang amat terkenal.
Pada satu ketika dahulu, sukan rowing hanya diceburi oleh golongan professional dan golongan atasan sebagai satu jenis rekreasi tetapi kini telah menjadi satu kegiatan sukan yang digemari dan disertai oleh semua orang di negara-negara barat. Sukan rowing adalah sejenis sukan yang mementingkan usaha-usaha bekerjasama dan bantu-membantu. Dengan gerakan mendayung yang serentak dan bertenaga sukan ini memberikan satu bentuk semangat kesetiakawanan yang tinggi bagi menentukan kejayaan pasukan.
Bermula pada tahun 1896, rowing telah mula dipertandingkan di sukan olimpik dan menjadi acara tetap yang dipertandingkan di setiap sukan olimpik. Pada masa ini, terdapat 14 acara yaang dipertandingkan dimana 8 acara untuk lelaki dan 6 acara untuk wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-
- "Single Scull" - Lelaki / Wanita
- "Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Lightweight Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Quadruple Scull" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Pair" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Four" - Lelaki
- "Lightweight Coxless Four" - Lelaki
- "Eight with coxswain" - Lelaki / Wanita
Bermula pada tahun 1896, rowing telah mula dipertandingkan di sukan olimpik dan menjadi acara tetap yang dipertandingkan di setiap sukan olimpik. Pada masa ini, terdapat 14 acara yaang dipertandingkan dimana 8 acara untuk lelaki dan 6 acara untuk wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-
- "Single Scull" - Lelaki / Wanita
- "Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Lightweight Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Quadruple Scull" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Pair" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Four" - Lelaki
- "Lightweight Coxless Four" - Lelaki
- "Eight with coxswain" - Lelaki / Wanita
•Bagi memastikan sukan rowing terus berkembang, kini Persekutuan Rowing Antarabangsa (FISA) telah memastikan sirkit Pertandingan Rowing Dunia diadakan dimana terdapat 4 peringkat sirkit diikuti Pertandingan Piala Dunia diadakan setiap tahun.
•Ibu pejabat Persekutuan Rowing Antarabangsa kini terletak di Lucerne, Switzerland di mana terletaknya pejabat Pengarah Eksekutif serta Presiden Persekutuan Rowing Antarabangsa.
Slotyro Casino New Jersey - Mapyro
ReplyDeleteUse the map above to 화성 출장샵 find slotyro casino New 춘천 출장마사지 Jersey - New Jersey, New Jersey. 군산 출장샵 Mapyro casino 군산 출장샵 New Jersey details, hours, address, map, phone number 아산 출장샵